Thursday, November 5, 2009

Mencari Tuhan













perjalanan panjang pemuda fakir
mencari hakikat ketuhanan
antara sedar dan jaga
dunia masih jua gelita
secangkir iman masih belum ditemui
hati kosong tidak terisi

ketika senja merangkak tiba
perjalanan pemuda fakir masih di situ
masih lemah dan kaku
tidak menentu
tiada arah tuju

ayuh..bangunlah wahai jiwa
yang telah lama mati
perjalanan panjang masih menanti
carilah kiblatmu
carilah tuhanmu
carilah imanmu
sebelum jasad bercerai dari badan
sebelum jasad terkubur lebur
di sini kita tak punya apa
iman dan amal penentu syurga
carilah ia walau di mana..
pemuda fakir masih terkaku..
di situ...

Oleh Peminat Blog Mencari Tuhan Yang Anonymous

Keterangan:

Puisi tersebut telah dihantar oleh peminat blog Mencari Tuhan yang ingin duduk dibelakang tabir. Katanya dia mendapat ilham ketika membaca blog ini. Pemuda fakir berterima kasih dan harap tidak keberatan berkongsi perjalanan spiritual dengan saudara beriman. Bersyukur kita kepada Allah sekiranya dapat menyentuh dan membangunkan Ruh bagi menyaksikan Cahaya Nur yang dibimbing Rasulullah saw.

"Demi jiwa serta penyempurnaannya
maka dia mengilhamkan kepadanya kejahatan dan ketaqwaan
sungguh beruntung orang yang menyucikannya
dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"
(Asy-Syams 91: 7-10)

No comments:

Post a Comment